Kebaikan Program Kitar Semula
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan program kitar semula.Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80. Kitar semula didefinisikan sebagai proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan baharu. Di Malaysia program kitar semula.
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan program kitar semula. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan Sejak tahun-tahun belakangan ini, program kitar semula telah mula diberi perhatian oleh kerajaan kerana kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad. Antara tujuan program kitar semula adalah kerana kawasan pelupusan sampah yang semakin kecil sedangkan sisa bahan buangan semakin hari semakin banyak. Keadaan seperti ini jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan pencemaran serta boleh menyebarkan wabak penyakit.
Plan kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah kerana bahan buangan seperti surat khabar, botol minuman dan besi boleh dikitar semula dan diproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri. Dalam hal ini mengitar semula penting untuk menjimatkan kos pengurusan sampah oleh pihak majlis perbandaran dan pihak swasta. Kos pengurusan sampah bukanlah murah kerana proses ini melibatkan banyak pihak dan kenderaan yang besar.
Oleh sebab itu sampah perlu diuruskan dengan baik agar dapat menjimatkan perbelanjaan membersihkan keadaan persekitaran. Program kitar semula juga membekalkan bahan mentah untuk industri tertentu, misalannya kertas surat khabar lama penting untuk kilang kertas. Manakala besi buruk boleh dijadikan bahan logam yang penting untuk industri besi dan logam. Botol minuman dan bekas makanan plastik boleh dijadikan sumber industri yang berasaskan barangan plastik.
Oleh sebab itu ada pihak tertentu melihat program ini sebagai sumber pendapatan kerana semua bahan berkenaan boleh dijual, justeru, bahan berkenaan tidak harus dibuang di merata-rata tempat kerana ada banyak faedah yang boleh kita peroleh jika dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Kitar semula juga penting agar alam sekitar bersih dan bebas daripada pencemaran. Kebersihan alam akan menambah keceriaan di sesuatu kawasan. Orang ramai boleh menikmati keindahan alam dengan sepenuhnya jika alam sekitar bersih kehidupan menjadi lebih seronok dan selesa.
Sesuatu yang lebih penting melalui program kitar semula ialah dapat mendidik masyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar. Melalui program tersebut kita mengharapkan agar semua penduduk Malaysia dapat memainkan peranan masing-masing untuk menjaga alam sekitar setiap masa. Orang ramai harus mengetahui tempat pembuangan sampah yang betul. Mereka hendaklah membuang sampah di tempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Alam sekitar yang bersih akan menjamin keselesaan hidup di mana-mana juga kita berada di negara ini.
Bahagian A (ii): Pemahaman. Berikan maksud memainkan peranan dalam petikan.
2 markah. Apakah bahan-bahan sampah yang boleh dikitar semula dan kegunaannya dalam industri pembuatan? 4 markah. Program kitar semula tidak mendapat sambutan daripada kebanyakan masyarakat. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?
4 markah Ringkasan contoh: Antara kebaikan program kitar semula adalah dapat mengurangkan jumlah sampah yang dibuang dan seterusnya dapat menjimatkan kos pengurusan sampah oleh pihak yang bertanggungjawab. Di samping itu program kitar semula juga membekalkan bahan mentah untuk industri tertentu, malahan ada pihak tertentu melihat program ini sebagai sumber pendapatan kerana semua bahan berkenaan boleh dijual. Sterusnya program kitar semula juga penting agar alam sekitar bersih dan bebas daripada pencemaran dan yang lebih penting program tersebut dapat mendidik masyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar. (80 patah perkataan.) Jawapan Pemahaman.
Maksud dapat memainkan peranan ialah boleh melakukan tugas. Bahan-bahan sampah yang boleh dikitar semula ialah kertas surat khabar lama penting untuk kilang kertas. Selain itu, besi buruk boleh dijadikan bahan logam yang penting untuk industri besi dan logam. Manakala, botol minuman dan bekas makanan plastik pula boleh dijadikan sumber industri yang berasaskan barangan plastik.
Pada pendapat saya, program kitar semula tidak mendapat sambutan daripada kebanyakan masyarakati ialah kurangnya kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Selain itu, masyarakat juga beranggapan menjaga alam sekitar adalah tanggung jawab kerajaan.
Sejak kebelakangan ini kempen kitar semula begitu giat dilaksanakan oleh kerajaan. Banyak usaha untuk menyedarkan rakyat tentang kepentingan kempen ini giat dijalankan. Kitar semula ialah suatu kaedah memproses semula bahan-bahan tertentu untuk digunakan sebagai bahan hasilan yang lain. Hal ini membayangkan kepada kita bahawa satu anjakan paradigma perlu dilakukan demi menjayakan hasrat murni kerajaan.
Rakyat Malaysia perlu sepakat kerana muafakat itu berkat dan pelbagai maslahat yang diperoleh daripada kempen kitar semula. Amalan kitar semula memberi keuntungan kepada rakyat sekiranya dilakukan secara kolektif. Bahan-bahan buangan akan dikumpulkan di pusat pengumpulan sebelum dihantar ke kilang-kilang untuk diproses semula. Kilang-kilang akan mengeluarkan semula bahan-bahan yang dihasilkan seperti kertas tisu, tin-tin dan sebagainya.
Melalui penghasilan bahan ini, kos pengeluaran dapat dijimatkan. Bahan-bahan itu pula akan dijual dengan harga yang lebih rendah.
Manfaatnya dapat dinikmati oleh pengguna kerana pengguna tidaklah dibebani dengan harga yang tinggi untuk membeli barangan yang dihasilkan daripada bahan yang dikitar semula. Dalam hal ini, kita boleh menabung hasil daripada pendapatan kita. Walaupun jumlahnya mungkin tidak banyak, tetapi dalam jangka masa panjang boleh menjadi banyak kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Kitar semula juga merupakan suatu cara untuk mendidik rakyat agar bijak membuang sampah. Melalui program ini juga rakyat akan lebih prihatin dan bertanggungjawab. Hal ini menyebabkan negara kita lebih bersih, indah dan dapat menarik pelancong-pelancong untuk berkunjung ke negara ini.
Selain itu, bahan-bahan yang dibuang di merata-rata tempat akan mencemarkan alam sekitar. Melalui longgokan sampah dan bekas takungan seperti tin, tayar buruk dan sebagainya akan mengundang penyakit taun, malaria dan demam denggi. Amalan kitar semula dapat menghindarkan penyakit-penyakit tersebut kerana tempat pembuangan sampah yang terurus berjaya mengelakkan penularan wabak ini.
Hal ini juga bertepatan dengan lidah pendeta mencegah lebih baik daripada mengubati, sekali gus menjamin kehidupan yang selesa dan sejahtera kerana persekitaran yang bersih. Perkara yang menarik tentang kempen kitar semula ialah usaha ini dapat memberikan pendapatan tambahan kepada em função de pengguna. Mereka yang pandai merebut peluang boleh menjadikan usaha ini sebagai kerja tambahan untuk menambah pendapatan. Bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula akan dibeli oleh pusat pengumpulan bahan buangan.
Ringkasnya, kita memperoleh bahan-bahan ini secara percuma tetapi hanya memerlukan sedikit usaha dan kerajinan seperti kata pepatah, usaha itu tangga kejayaan. Program serampang dua mata ini jelas mendatangkan impak positif kepada rakyat kerana bukan sahaja berupaya menambahkan pendapatan isi rumah, tetapi juga kepada kewujudan industri hiliran yang berkaitan dengan bahan buangan. Implikasinya, pendapatan rakyat dan negara akan meningkat. Kesimpulannya, kempen kitar semula ialah suatu usaha yang sangat berfaedah kepada negara dan rakyat.
Banyak pihak yang mendapat manfaat daripada usaha ini. Kempen ini seharusnya diteruskan agar lebih ramai rakyat tampil untuk menyahut seruan ini dan mengamalkan program kitar semula.
Kita sepatutnya menjadikan program ini amalan dalam kehidupan kita kerana Islam sendiri mengingatkan kita bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman. Hal ini selaras dengan impian Perdana Menteri yang mahu melahirkan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama.